Rabu, 30 November 2016

Harga Petrol, Diesel Turun 5 Sen bermula Tengah Malam ini (1 Disember 2016)




Kuala Lumpur, 30 Nov - Harga runcit pagi petrol RON95, RON97 dan diesel akan turun sebanyak 5 sen bermula tengah malam ini, lapor Oriental Daily.

Penurunan ini menjadikan harga runcit seliter RON95 kepada RM1.90, RON 97 kepada RM2.25 dan diesel kepada RM1.85.

Harga petrol & diesel bagi Disember 2016:

- RON 95: RM1.90 seliter
- RON 97: RM2.25 seliter
- DIESEL: RM 1.85 seliter



Satok Uptown Civic Centre Akan Pindah Ke Jalan Main Bazaar

Kuching:  Satok Tourism Youth Uptown Market atau lebih dikenali sebagai Satok Uptown  yang dibuka pada setiap hujung minggu di Dewan Suarah Negeri di sini pada masa ini, akan dipindahkan ke Jalan Main Bazaar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata pemindahan pasar malam itu ke tapak baharu adalah bagi menyediakan persekitaran yang lebih baik dan sesuai kepada para peniaga.

“Perniagaan Satok Uptown di Dewan Suarah Negeri nampaknya bagus tetapi kita tidak dapat membenarkan mereka terus berniaga di sana.

“Jadi saya telah mengenal pasti satu tempat yang tetap kepada mereka untuk berniaga iaitu di Jalan Main Bazaar di mana kita akan menutup sebahagian daripada laluan tersebut untuk dijadikan sebagai tempat para peniaga kecil ini berniaga pada setiap hujung minggu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Makan Malam Mesyuarat Perhimpunan Perwakilan Tahunan (MPPT) Ke-21 Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Presiden DUBS Datu Abang Helmi Ikhwan.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menambah dengan adanya tapak tetap untuk Satok Uptown tersebut, ia akan membuka peluang perniagaan kepada masyarakat di sekitar bandar raya ini.

Malah, katanya ia juga boleh menjadi lokasi untuk para busker membuat persembahan.

“Ini bermakna kita akan mempunyai sebuah pasar malam pada setiap minggu dengan pelbagai aktiviti,” katanya.

Satok Uptown adalah yang pertama di negeri ini, yang menjadi tempat bagi generasi muda menjalankan perniagaan dengan konsep ‘Uptown’.

Sejak dibuka pada tahun lepas, ia kini telah menjadi satu tempat yang menarik ribuan pengunjung pada setiap hujung minggu.

Pelbagai barangan dijual daripada pakaian, minyak wangi, barangan rumah, aksesori kereta dan bermacam-macam lagi yang ditawarkan pada harga berpatutan. -UB

Jumaat, 25 November 2016

Bapa Rogol Anak Sendiri Ditahan Polis

KUCHING: Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan polis di kediamannya di Kampung Sinjan, di sini, pagi tadi, atas dakwaan merogol anak kandungnya beberapa kali sepanjang 17 bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, berkata lebih memeranjatkan kelakuan jijik suspek berkenaan pernah dilakukan di hadapan isterinya berusia 36 tahun dalam bilik tidur mereka dengan wanita itu enggan membantu, malah hanya membiarkan anak perempuannya dirogol di depan mata.

"Suspek ditangkap sekitar jam 10.30 pagi tadi selepas pihak polis menerima laporan daripada ahli keluarga terdekat mangsa.

Siasatan lanjut mendapati, mangsa dipaksa melayan kemahuan seks ayahnya kerana terlalu takut dicederakan dan diugut sekiranya enggan menuruti kehendak suspek.

"Selain itu, siasatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) mendapati mangsa disahkan mengandung tujuh minggu," katanya. Abang Ahmad berkata, polis terpaksa meminta bantuan Pegawai Kaunseling dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menstabilkan emosi mangsa.

"Mangsa dikesan mengalami trauma teruk sehingga tidak mampu membuat laporan polis walaupun mempunyai kesempatan berbuat demikian," katanya. Mangsa adalah anak kedua daripada enam adik beradik dengan lima daripadanya adalah perempuan. Perintah tahanan reman akan dipohon esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. -BH

Khamis, 24 November 2016

Trek Lumba Akan Dibina Di Sarawak Untuk Manfaat Belia

KUCHING: Sukan bermotor yang semakin berkembang di Sarawak, kerajaan sepatutnya membina trek lumba untuk membolehkan golongan belia mengetengah bakat masing-masing memandangkan penganjuran dua perlumbaan tahun ini menggunakan jalan raya.

Sehubungan itu, Fazruddin Abdul Rahman (BN-Tupong) memohon kerajaan untuk mengenalpasti tanah untuk pembinaan trek perlumbaan sepanjang 800 meter dan lebar sekurang-kurangnya 50 meter.

Menurutnya, pelaburan tersebut tidaklah begitu besar kerana dapat memberi manfaat kepada ramai belia.

“Tahun ini sahaja terdapat dua penganjuran sukan bermotor menggunakan jalan raya sedia ada dan ianya telah menarik ribuan penonton dan penglibatan peserta dalam dan luar negara.

“Ini menunjukkan minat yang amat tinggi di kalangan belia-belia di Sarawak. Belia juga mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang permotoran,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2017), 2016 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan Bagi Perbelanjaan 2017.

Sebagai pengguna jelasnya, golongan belia harus dibawa bersama dalam merancang pembangunan trek tersebut.

“Ini adalah penting agar pembangunan ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Saya pasti dengan adanya litar ini, aktiviti lumba ini akan dijalankan setiap bulan.

“Dengan kata lain perbelanjaan kerajaan tidak hanya menjadi ‘gajah putih’ tetapi ianya akan digunakan sebaiknya dan sekerapnya oleh belia,” ujarnya.

Fazruddin turut mencadangkan supaya kerajaan membuat ketetapan dimana perlumbaan yang dianjurkan di peringkat negeri wajib mendapat kelulusan kerajaan negeri menerusi kementerian atau agensi berkaitan.

“Kelab-kelab permotoran tempatan telah menyatakan komitmen mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri kearah hasrat ini,” jelasnya. -Sarawakiana





Lelaki Khayal Pil Nospen Cuba Rompak Mesin ATM Diberkas Polis

KUCHING - Cubaan seorang lelaki yang berada dalam keadaan khayal dipercayai khayal pil nospen dan cuba untuk mencuri wang daripada sebuah mesin ATM di Public Bank Kota Sentosa pada awal pagi tadi gagal selepas dia diberkas oleh polis

Ketua Polis daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, dalam jam 4.20 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun itu ditangkap ketika sedang mengumpil mesin deposit cek tersebut menggunakan pemutar skru.

"Kejadian tersebut disedari oleh seorang pengawal yang bertugas di pejabat berkenaan.

"Sementara itu, Balai Polis Kota Sentosa telah menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Public Bank Kuala Lumpur mengenai tindakan lelaki terbabit.

"Dia kemudiannya terus memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis dan segera melakukan rondaan hingga berjaya menangkap suspek yang sedang cuba membuka mesin berkenaan," katanya.

Hasil pemeriksaan ke atas lelaki terbabit juga mendapati suspek di bawah pengaruh dadah dipercayai pil nospen.

Turut ditemui pada pemeriksaan itu adalah sebatang pemutar skru yang digunakan untuk membuka mesin tersebut di mana siasatan awal juga mendapati, suspek bergerak seorang diri dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Orang Asal Sarawak kemuka memorandum tuntut hsk kewarganegaraan

KUCHING: Orang Asal Sarawak mengemukakan satu memorandum bagi menuntut hak kewarganegaraan daripada kerajaan negeri.

Memorandum tersebut diserahkan oleh wakil Orang Asal Sarawak, Mujan Jok kepada Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah.

Bercakap pada sidang media di Bilik Media, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam, Mujan berkata memorandum ini merupakan desakan daripada semua Orang Asal Sarawak agar isu hak kewarganegaraan dan proses pemberian sijil lahir serta kad pengenalan diberi perhatian serius dan serta-merta.

Menurut Mujan, selama ini Orang Asal Sarawak, khususnya Orang Asal di kawasan pedalaman menghadapi masalah mendapatkan sijil lahir serta kad pengenalan.

Masalah ini sekali gus menafikan hak kewarganegaraan mereka sedangkan mereka merupakan kaum peribumi Sarawak dan Malaysia.

“Isu ini telah mengakibatkan hak-hak mereka sebagai Orang Asal dan rakyat Malaysia tidak diendahkan.

“Mereka tidak dapat pergi ke negara luar walaupun ke Semenanjung Malaysia, terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi kerana status mereka setaraf status orang asing, dinafikan hak kemasukan sekolah dan tidak boleh menikmati segala hak mereka sebagai rakyat Malaysia dan Orang Asal Sarawak,” katanya.

Laporan Country Reports on Human Rights Practices-Malaysia yang dikeluarkan oleh United States Department of States bertarikh 8 April 2011 melaporkan bahawa kerajaan telah berjanji akan mempercepatkan pemberian sijil lahir dan kad pengenalan untuk orang Penan.

Akan tetapi, janji ini tidak dipegang dan sehingga hari ini, beribu-ribu orang Penan dan Orang Asal tidak dapat dokumen kewarganegaraan mereka.

Tambah Mujan yang juga aktivis isu kad pengenalan di Sarawak, anggaran kasar penduduk yang tidak mempunyai kad pengenalan di Sarawak adalah seramai 30,000 orang dan senarai nama penduduk tanpa kad pengenalan yang ada ditangannya adalah seramai 1,500 orang.

Justeru, sebagai Orang Asal dan orang Sarawak, Mujan dan yang lain menuntut supaya sijil dan kad pengenalan segera diberikan kepada Orang Asal Sarawak.

Orang Asal Sarawak juga menuntut proses pemberian sijil lahir dan kad pengenalan harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh kerajaan.

Proses permohonan harus dipermudahkan kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan segala birokasi dan prosedur yang tidak munasabah harus dimudahcarakan.

Keciciran dokumen dan kelewatan permohonan wajib dipertimbangkan selepas mengambil kira cara hidup Orang Asal yang berbeza dengan penduduk bandar. -UB

BN Sarawak tolak pelaksanaan hukum hudud

KUCHING: Ahli Parlimen daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diarah membantah Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian meminta  Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dipinda sekiranya ia dibentang untuk bacaan kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian berkata arahan itu sejajar dengan pendirian tegas Barisan Nasional (BN) Sarawak yang kekal menolak pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

“Dalam mesyuarat dengan pucuk kepimpinan BN Negeri pagi tadi (semalam) Ketua Menteri (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) mengarahkan semua Ahli Parlimen BN menolak Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).

“SUPP sejak awal lagi membantah rang undang-undang ini kerana ia tidak seiring dengan inti pati Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatangani,” tegasnya pada sidang media di Pusat Media Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Beliau turut mendedahkan bahawa mesyuarat itu turut dihadiri ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing dan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Masing merupakan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) manakala Abang Johari dan Uggah masing-masing adalah Timbalan Presiden dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan memberitahu bahawa semua parti komponen BN Sarawak bersetuju dalam hal itu.

“SUPP tidak bersetuju dengan pelaksanaan dua sistem pengadilan jenayah kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

“Ia juga boleh memberi kesan atau menjejaskan hak-hak dan gaya hidup semua rakyat Malaysia. Ia tidak diterima dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan kepercayaan,” ujarnya.

Menurutnya DUN Kelantan telah meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah 1993 tahun lalu tetapi tidak boleh dikuatkuasakan disebabkan wujudnya Akta 355.

“Sekali lagi PAS tidak hanya menunjukkan ia secara terang-terangan mengabaikan hak-hak dan sentimen semua kaum dan kumpulan agama lain di Malaysia tetapi dengan konsisten mencabar semangat Perlembagaan Persekutuan untuk kepentingan politik mereka.

“Seseorang (DAP) harus menjelaskan kepada rakyat, tidak cukup sekadar mereka sudah ‘bercerai’ (dengan PAS),” tegasnya.

Selasa lepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata RUU355 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat minggu ini.

Katanya usul itu akan dibuat oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kerajaan juga akan mencadangkan supaya Jawatankuasa Pemilihan dibentuk untuk melibatkan Ahli Parlimen beragama Islam dan bukan Islam.

“Ini bagi memperincikan, memperhalusi dan memurnikan sebarang unsur yang tidak jelas mengenai pemisahan kuasa pada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dan taklimat khas berkaitan RUU itu yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen Selasa lepas.

Sebelum ini dilaporkan, usul berkenaan dibentangkan Hadi pada 26 Mei lepas melalui peruntukan Rang Undang-Undang Persendirian yang perlu dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan sebelum speaker membuat ketetapan mengenainya.

Usul Hadi itu diletakkan pada nombor empat peraturan mesyuarat pada hari pertama sidang Dewan Rakyat kali ini namun tidak sempat dibentang atau dibahaskan malah kerap kali bertukar nombor giliran.

Sidang Dewan Rakyat akan berakhir Khamis ini selepas berlangsung sejak 17 Oktober lalu.

RUU itu antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan undang-undang persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal kesalahan disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati. -UB

  

Selasa, 22 November 2016

Rundingan autonomi, penurunan kuasa kepada Sarawak capai kejayaan

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata kejayaan besar telah dicapai antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berhubung autonomi dan penurunan kuasa kepada Sarawak.

Beliau berkata fasa pertama rundingan membuahkan hasil positif antaranya pengambilan lebih ramai rakyat negeri ini bekerja dengan jabatan-jabatan persekutuan dan sekolah-sekolah, operasi Petronas di Sarawak serta memperkasakan pegawai perundangan negeri untuk melakukan dakwaan ke atas kesalahan melanggar undang-undang negeri.

Kejayaan lain dicapai menurut beliau termasuk melaksanakan projek-projek pembangunan luar bandar seperti bekalan elektrik luar bandar oleh agensi-agensi negeri seperti Sarawak Energy Berhad dan pelaksanaan serta pengurusan dana-dana daripada kerajaan persekutuan untuk membangunkan projek Lebuh Raya Pan Borneo.

“Fasa kedua (rundingan) merangkumi isu-isu berkaitan pemberian geran khas dan pendapatan lain seperti termaktub dalam Jadual 10 Perlembagaan Persekutuan, minyak dan gas, perundingan, pendidikan dan latihan, perundangan buruh anak syarikat bagi memenuhi pasaran dan keadaan buruh yang ‘pelik’ di Sarawak dan sebagainya.

“Usaha ini adalah berterusan dan di bawah pertimbangan aktif jawatankuasa teknikal dipengerusikan ketua hakim persekutuan bersama wakil-wakil daripada Kerajaan Sarawak dan Sabah sebagai ahli,” jelasnya.

Masing berkata demikian dalam satu kenyataan di bawah Perintah Tetap 11(1)(i) yang dibaca bersama Perintah Tetap 22 (DUN) yang dibaca pada Persidangan DUN semalam.

Menurutnya lagi, pembentangan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas 2016 dan telah diluluskan Dewan Isnin lepas merupakan manifestasi kejayaan yang telah Sarawak capai.

Sekarang ujarnya, Sarawak perlu menunggu laporan jawatankuasa teknikal mengenai perkara-perkara utama berkaitan isu-isu kewangan serta minyak dan gas.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) secara terbuka dalam satu majlis di Kota Kinabalu 12 November lepas, mengatakan beliau bersedia membincangkan Perjanjian Malaysia 1963 dan sebarang salah tafsir peruntukan perlembagaan.

“Beliau (Najib) juga memberitahu beliau tidak akan mengambil hak-hak Sabah dan Sarawak tetapi akan mempertahankannya. Beliau juga bersetuju Rang Undang-Undang Pengagihan Gas 2016 dibentangkan dalam Dewan ini,” ujarnya.

Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan menambah, rang undang-undang itu adalah satu penegasan Ketua Menteri  (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) ketika sambutan Hari Malaysia di Bintulu iaitu kita (Sarawak) tidak boleh berpuas hati hanya sebagai pemerhati dalam industri minyak dan gas.

Sebaliknya tambah beliau Ketua Menteri mahu rakyat Sarawak terlibat aktif dalam industri minyak dan gas di negeri ini.

“Undang-undang baharu ini akan membolehkan kerajaan negeri mengawal selia rangkaian dan industri pengagihan gas di Sarawak supaya lebih ramai rakyat dan syarikat tempatan berpeluang terlibat dalam semua segmen perniagaan pengagihan gas termasuk membekalkan gas kepada industri, hospital, komersial dan isi rumah,” jelasnya.

Masing berkata rakyat Sarwak telah memberi mandat yang jelas dan kukuh kepada kerajaan negeri untuk melindungi autonomi dan perlindungan perlembagaan ke atas hak-hak serta kepentingan khas negeri ini.

Beliau memberi jaminan keyakinan dan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan negeri tidak akan dipersia-siakan.

ADUN Baleh itu menegaskan, dengan jaminan Najib ‘pintu’ beliau sentiasa terbuka untuk membincangkan kebimbangan rakyat negeri ini mengenai hak-hak Sarawak yang semakin ‘terhakis’ disebabkan salah tafsir MA63, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa - UB

Sarawak bakal dirangkaikan dengan LRT dan MRT


KUCHING: Sarawak bakal mempunyai sistem aliran transit ringan (LRT) atau kemudahan aliran transit massa (MRT) sebagai tambahan kepada sistem pengangkutan awamnya.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg perkara tersebut merupakan antara komponen sistem pengangkutan awam yang turut diberi tumpuan dalam pembentukan Pelan Induk Pembangunan Semula Bandar Sarawak yang akan bermula pada tahun hadapan.

Menurutnya, keputusan akhir mengenai jenis sistem pengangkutan awam tersebut akan menunggu hasil cadangan kajian pelan induk tersebut.

“Kajian ini yang melibatkan bandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri itu akan mengambil masa lapan hingga 12 bulan.

“Dan pada tahun 2018, kita dijangka akan mula melaksanakannya,” katanya lagi ketika diminta mengulas Bajet 2017 yang dibentangkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem semalam.

Abang Johari menjelaskan, kemudahan pengangkutan tersebut dicadangkan kerana Sarawak kini semakin berkembang, terutamanya dengan kejiranan satelit yang semakin bertambah.

“Perancangan tersebut harus mengambil keperluan untuk 20 ke 50 tahun akan data“Dan Sarawak memiliki populasi yang cukup, dengan Kuching dan Samarahan sahaja, menjangkau sejuta lebih penduduk pada hari ini,” jelasnya.

Pelan Induk tersebut katanya, turut memberi tumpuan kepada pembangunan semula sesetengah kawasan kediaman yang berusia lebih 100 tahun seperti Darulhana di Kuching dan beberapa kawasan di Sibu.

“Tetapi kawasan warisan seperti Kuching Lama di Main Bazaar yang ada nilai sejarah akan kita pulihara,” katanya.

Dalam Bajet 2017, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi menerima peruntukan berjumlah RM30 juta untuk membangunkan pasar penjaja dan pusat rekreasi/riadah di bandar-bandar utama di negeri ini.

Manakala sejumlah RM232 juta diperuntukkan untuk membangunkan 2,396 Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah, di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Sejumlah RM66 juta tambahan turut diperuntukkan untuk menampung dana Kerajaan Pusat bagi membina 1,040 Rumah Mampu Milik, 140 unit Rumah Mesra Rakyat dan melaksanakan 14 skim pembesaran kampung.

Mengulas bajet tersebut, Abang Johari menyifatkannya sebagai bajet yang menekankan kepada pembangunan, terutamanya luar bandar selain bidang strategik, seperti pelancongan.

“Biarpun berlaku defisit RM300 juta, yang pertama dalam tempoh 14 tahun, ia bukan masalah yang besar.

“Ia berlaku kerana hasil kita terjejas kerana krisis minyak global.

“Tetapi pada akhirnya kelak, defisit ini akan dapat ditangani kerana kita memiliki rizab yang mencukupi,” katanya lagi.

Isnin, 21 November 2016

Kecewa Cinta Ditolak Gadis Sabah Dan Sarawak, Pemuda Dari Melaka Hina Gadis Borneo

Gara-gara kecewa cinta ditolak oleh gadis dari Sabah dan Sarawak, seorang pemuda dari Melaka telah memuatnaik status menghina gadis-gadis dari Borneo.

Status pemuda yang mengunakan nama Nur Firdaus di Facebook tersebut telah menjadi viral dan mengundang kemarahan kepada netizen-netizen dari Borneo khususnya dari Sabah dan Sarawak.

Menurut sumber yang diperolehi, punca pemuda tersebut menghina disebabkan cintanya ditolak oleh gadis-gadis dari Sabah dan Sarawak.

Pemuda tersebut dikatakan cuba memikat dan menagih cinta beberapa orang gadis Sabah dan Sarawak yang berkerja di sebuah kilang di Melaka.

Namun malangnya cintanya ditolak kerana gadis gadis dari Sabah dan Sarawak tidak berminat. Oleh kerana terlampau kecewa, pemuda berkenaan kemudian memuatnaik status berunsur penghinaan tersebut.

Setakat ini dari dari pemerhatian kami, akaun facebook lelaki berkenaan telah diserang bertubi-tubi oleh netizen dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati dengan penghinaan yang dilemparkan kepada gadis-gadis dari Borneo. -KMS

Sabtu, 19 November 2016

Rakyat Sarawak dipelawa mohon rumah PR1MA@Matang yang sedang dibangunkan

KUCHING: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) membuka permohonan kepada rakyat di negeri ini bagi pembangunan pertama PR1MA yang sedang dibangunkan di Matang, di sini.

ProjekPR1MA@Matang menawarkan sebanyak 912 unit rumah pangsa empat tingkat pada harga bermula RM279,000 seunit lengkap dengan kemudahan fasiliti termasuk lif.

Antara kemudahan fasiliti yang disediakan ialah tempat permainan kanak-kanak, gelanggang futsal, gelanggang tenis dan kemudahan rekreasi yang berkonsepkan komuniti berpagar dan berpengawal lengkap dengan sistem rakaman litar tertutup (CCTV).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PR1MA Dato Abdul Mutalib Alias berkata, setakat ini lebih daripada 90 peratus unit rumah yang dibangunkan secara eksklusif itu telah ditempah. Setakat ini, katanya, 17 peratus daripada kerja-kerja pembangunan telah dilaksanakan iaitu tiga peratus lebih awal dari jadual dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2019.

“Selain PR1MA@ Matang, sebanyak 10 projek lagi telah diluluskan di negeri ini merangkumi pembangunan 17,660 unit rumah dengan 4,288 unit kini dalam pelbagai peringkat pembinaan.“Kami baru-baru ini juga telah melancarkan dua lagi pembangunanPR1MA di Sarawak melibatkan kediaman jenis teres di Semengoh dan pangsapuri di Pending,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat dan Galeri Jualan PR1MA Sarawak yang terletak di Metrocity, Matang Jaya di sini semalam.

Pembukaan dan perasmian pejabat serta galeri jualan PR1MA tersebut adalah sebagai platform untuk bakal pemilik rumah di negeri ini mengetahui lebih lanjut mengenai kediaman PR1MA.

Pejabat dan galeri jualan itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi.

Dalam pada itu, 10 projek yang telah diluluskan di Sarawak ialah PR1MA@Vista Tunku, Kuching (1,832 unit),PR1MA@Matang 2, Kuching (1,360 unit),PRIMA@Semenggoh, Padawan (1,260 unit), PR1MA@Sibu Baru, Sibu(1,096 unit) dan PR1MA@Petra Jaya, Kuching (2,058 unit).

Lima lagi projek ialah PR1MA@Sungai Plan, Bintulu (1,656 unit),PR1MA@Pending (1,320 unit),PR1MA@Kuala Baram, Miri (1,896 unit),PR1MA@Kota Petra (1,350 unit) danPR1MA@Taman Malihah (746 unit).

PR1MA@Matang menawarkan kediaman jenis A1 dan A3 iaitu dua bilik dan dua bilik air dengan keluasan binaan 910 kaki persegi serta jenis B1 dan B2 iaitu tiga bilik dan dua bilik air dengan keluasan binaan 978 kaki persegi.

Sumber: The Borneo Post

Khamis, 17 November 2016

Kuching akan dilengkapi kemudahan Wifi percuma

KUCHING: Bandar Raya Kuching akan dilengkapi dengan kemudahan WiFi percuma dalam tempoh enam bulan akan datang untuk kegunaan orang ramai dan pelancong.

Penyediaan inisiatif WiFi Percuma Untuk Rakyat itu akan dilaksanakan bersama PP Telecommunication Sdn Bhd (PPTelecom) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Menurut Pengarah Urusan PPTelecom Datuk Abang Jemat Abang Bujang, fasa pertama projek ini dianggarkan menelan kos sebanyak RM10 juta.

“Matlamat kami adalah untuk menyediakan WiFi percuma di seluruh negeri tetapi buat masa sekarang, kami akan memberi tumpuan kepada kawasan di bawah DBKU,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PPTelecom dan DBKU, yang turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di sini semalam.

MoU tersebut adalah untuk PPTelecom menjalankan projek fasa satu bagi menyediakan platform dan infrastruktur bagi pemasangan inisiatif khidmat WiFi percuma di kawasan terpilih di bawah DBKU.

Justeru, Abang Jemat menyatakan bahawa pihaknya akan menyiapkan fasa pertama projek berkenaan dalam tempoh enam bulan selepas MoU ditandatangani.

Jelas beliau, pelaksanaan fasa pertama penyediaan WiFi percuma itu akan dimulakan dari Tebingan Kuching, Hotel Merdeka Palace, Hospital Umum Sarawak, kompleks beli-belah tHe Spring dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

“Setiap lokasi WiFi ini mungkin disediakan dengan Internet berkelajuan antara 5 hingga 15mbps dan jika terdapat keperluan untuk kelajuan Internet ditingkatkan maka kami akan menaik taraf kepada 50 hingga 150mbps.

“Namun, kami perlu menjalankan kajian terlebih dahulu sebelum menetapkan kelajuan Internet di setiap lokasi,” katanya.

Abang Jemat juga berkata PPTelecom akan bekerjasama dengan dua rakan syarikat IT antarabangsa iaitu Foxconn dari China dan Infocus & Fuyu dari Amerika Syarikat untuk memastikan kejayaan pelaksanaan projek ini.

“PPTelecom memandang penting projek ini kerana ia akan memberi pelbagai faedah lain dan bukan sekadar menyediakan sambungan Internet yang lebih baik kepada masyarakat di Kuching.

“Apabila dilaksanakan nanti, projek ini akan membuka laluan untuk mengubah Kuching menjadi bandar raya ketiga di Malaysia selepas Pulau Pinang dan Johor untuk menyediakan khidmat WiFi percuma kepada penduduk dan pelancong,” katanya.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai. -UB

S4S kecewa Adenan tidak bentangkan usul tuntut semula pemulangan hak Sarawak

KUCHING: Kumpulan Sarawak 4 Sarawakians (S4S) kecewa dengan kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semalam bahawa beliau tidak akan membentangkan usul untuk menuntut pemulangan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula pada 21 November ini.

Justeru kumpulan terbabit yang diwakili Peter John Jaban memohon Adenan mempertimbangkan semula untuk membentangkan usul tersebut seperti yang dijanjikan beliau kepada rakyat Sarawak sebelum ini.

Menurut Peter, pembentangan usul tersebut adalah satu deklarasi hasrat oleh kerajaan negeri mencapai matlamat ini iaitu bukan sahaja sepanjang pemerintahan beliau (Adenan) tetapi juga selepas itu.

“Tanggungjawab utamanya (Adenan) adalah kepada rakyat Sarawak yang memilih beliau untuk memegang kuasa, bukannya kepada Perdana Menteri dan perkara tersebut menyebabkan ramai penduduk Sarawak kecewa, malah marah.

“Kita sedia maklum, Adenan Satem tidak akan menjadi Ketua Menteri buat selama-lamanya, kerana itu proses ini tidak boleh dijalankan secara tertutup di mana ia mesti melangkaui parti dan direkodkan secara rasmi.

“Jika ini dilakukan, seandainya Sarawak berada dalam kedudukan yang tidak ‘bertolak-ansur, proses tersebut jelas dilihat oleh semua orang dan boleh diperjuangkan para pemimpin pada masa depan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Tambahnya juga, proses tersebut masih di peringkat permulaan dan sememangnya Ketua Menteri adalah betul apabila berasakan penyelesaian diplomatik adalah wajar dan tiada sebab untuk berkonfrontasi sebelum berusaha untuk menyelesaikannya dengan cara baik.

“Ramai yang akan menyatakan Adenan sedang menyembunyikan tangannya dan itu adalah cara politik dimainkan, namun lambat-laun, kita perlu meletakkan tangan kita di atas meja, jika tidak rundingan itu akan mula kelihatan seperti omong kosong.

“Bagaimanapun, usul ini tidak harus dilihat sebagai satu konfrontasi kerana ia adalah satu deklarasi hasrat bagi matlamat terakhir,” katanya.

Peter juga berkata jika Perdana Menteri ikhlas dalam keinginannya untuk ‘melakukan perkara yang betul’, maka usul dalam DUN kita hanya akan bertindak sebagai sokongan kepadanya dan bukannya melemahkannya.

“Jika usul itu dibentangkan, maka wakil-wakil rakyat Sarawak, bukan hanya sekarang sahaja tetapi pada masa depan akan terikat untuk mengikutinya, kecualilah mereka mahu membunuh karier politik mereka dan memansuhkannya.

“Disebabkan itu Ketua Menteri (Adenan) mesti menimbang untuk mengukuhkan warisannya bagi negeri ini dalam hitam putih dan beliau (Adenan) harus mengotakan janjinya kerana rakyat sudah memberi mandat kepada beliau,” katanya.

S4S selain itu mengajak penyokong usul ini untuk bersama-sama berkumpul di Tebingan Kuching pada 21 November ini pada jam 10 pagi.

“Jika kita tidak menyokongnya, bagaimanakah beliau tahu betapa pentingnya ia bagi rakyat Sarawak? Beliau mesti melihat bahawa kita mahu tindakan rasmi, bukan hanya rundingan sulit dalam koridor kuasa.

“Kita dengar tentang autonomi pentadbiran, tetapi kita lihat kemajuan yang perlahan, walaupun autonomi pentadbiran hanya satu langkah pertama.

“Kita perlu memastikan DUN Sarawak ini terus tinggi dalam agenda wakil-wakil politik kita bagi jangka waktu yang lama pada masa depan, sehingga Sarawak memperolehi semua hak dan keistimewaan seperti yang dijanjikan di bawah Perjanjian Malaysia.” katanya. -UB

Rabu, 16 November 2016

Autonomi pendidikan harus dimiliki kerajaan negeri

KOTA SAMARAHAN: Autonomi pendidikan seharusnya berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri demi memastikan dasar pendidikan yang konsisten untuk kepentingan generasi akan datang, kata Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

Justeru, beliau menjelaskan bahawa perjuangan untuk mendapatkan autonomi pendidikan bagi Sarawak perlu bermula dengan menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk kegunaan para pelajar.

“Ini adalah sangat penting kerana hasil pendidikan yang sempurna boleh menjadi penyumbang kepada kelestarian ilmu pengetahuan, kemahiran dan inovasi baharu yang seterusnya mampu menghasilkan transformasi dalam sesebuah masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sidang ketiga Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-20 di sini, semalam yang melibatkan seramai 621 graduan daripada Fakulti Sains Sosial.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Datu Dr Hatta Solhi dan Naib Cancelor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Bagaimanapun, Jabu berkata cabaran yang dihadapi kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan pendidikan adalah disebabkan keluasan negeri ini dengan kepadatan penduduk yang tidak sekata terutama di kawasan luar bandar.

Malah bekas Timbalan Ketua Menteri itu menambah, keadaan tersebut juga secara tidak langsung telah memberi kesan kepada peruntukan kewangan daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.

“Ini merupakan antara cabaran besar yang dihadapi oleh kerajaan negeri dalam meningkatkan mutu pendidikan di Sarawak kerana peruntukan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan saban tahun tidak mencukupi.

“Kerajaan bukan sahaja perlu membina sekolah tetapi menyediakan kemudahan asas yang lain seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik untuk memastikan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Jabu turut menegaskan agar kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di negeri ini mesti ditekankan.

Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri sedang dalam perbincangan untuk membuka lebih banyak sekolah antarabangsa di Sarawak agar penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tempatan dapat ditingkatkan.

“Saya berharap tidak ada pihak yang akan menyalahtafsirkan pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri dengan membenarkan lebih banyak sekolah antarabangsa dibina di Sarawak.

“Ia bertujuan semata-mata untuk memastikan pelajar tempatan mampu menguasai bahasa Inggeris agar dapat bersaing di peringkat global,” katanya.

Menurut beliau, statistik menunjukkan 72,000 graduan universiti gagal mendapatkan pekerjaan disebabkan mereka lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris dan ini sekali gus menjadi cabaran terbesar yang dihadapi para siswazah di negara ini. -UB

PM Tolak ansur Tuntutan Hak Sarawak

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertolak ansur dengan tuntutan Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Sehubungan itu beliau berkata, tiada keperluan untuk meluluskan resolusi menuntut hak negeri ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita percaya Perdana Menteri melakukan perkara yang betul, tidak ada keperluan untuk meluluskan satu resolusi di DUN.

"Kita percaya dalam diplomasi, bukan konfrontasi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri bersedia untuk perbincangan jika Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan telah "disalah tafsir".

"Dalam konteks Sarawak, proses yang digambarkan sebagai 'penurunan kuasa' sedang berjalan dengan objektif utama untuk menangani dan menyelesaikan kebimbangan terhadap hakisan perlindungan khas Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia dan dimasukkan dalam Perlembagaan," ujarnya.

Sumber: Sarawakiana

The Rock Berminat Bertanding Jadi Presiden Amerika Syarikat Tahun 2020

Baru seminggu jutawan kontroversi Donald Trump memengang tampuk kepimpinan Amerika Syarikat, bintang filem The Rock mencuri perhatian dunia apabila menyuarakan minat beliau mahu bertanding dalam pemilihan presiden baharu negara itu pada tahun 2020 nanti.

Pada sidang media filem terbaharu beliau yang berjudul Moana yang diadakan di Los Angeles baru-baru ini, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson, 44, berkata, beliau tidak akan menolak kemungkinan akan bertanding pada pemilihan yang akan berlangsung di pejabat Oval pada tahun 2020.

"Saya tidak menolak. Ia akan menjadi satu peluang yang baik untuk membantu orang, jadi ianya mungkin. Pada pilihan raya lalu menunjukkan bahawa apa sahaja boleh berlaku," katanya seperti yang dilaporkan Vanity Fair.

The Rock mungkin tidak mempunyai pengalaman dalam dunia politik, tetapi figura yang baru-baru ini dinobat sebagai Lelaki Terseksi di Dunia oleh majalah People ini tidak asing daripada mengambil bahagian dalam acara-acara politik.

Mengimbas sekitar tahun 2000, The Rock pernah berucap di Konvensyen Kebangsaan Republikan di mana beliau menyeru golongan muda untuk mengundi.

Ini bukan kali pertama timbulnya idea The Rock sebagai presiden Amerika Syarikat.

Sebelum ini, jurnal kajian bebas menerbitkan sebuah artikel mengenai jangka dan potensi beliau sebagai presiden.

Sebagai maklum balas mengenai artikel itu, sekitar Mac lalu, The Rock memuat naik keratan atikel berkenaan di laman sosial Twittenya berserta kapsyen, "rencana yang menarik sebab mengapa saya perlu bertanding sebagai Presiden. Mungkin satu hari nanti. Rumah Putih (White House) pasti mempunyai ruang untuk truck saya," tulisnya.

Isnin, 14 November 2016

kuching Bakal Alami Air Pasang Besar Tertinggi Di Malaysia

KUCHING: Air pasang besar di Stesen Pulau Lakei, Kuching dijangka mencapai ketinggian 5.03 meter bermula hari ini hingga Rabu depan.

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara turut mengeluarkan amaran kuning kerana air pasang besar dijangka melepasi paras maksimum.

Stesen lain pula mencatatkan ketinggian 3.8 meter di Stesen Kukup, Johor, 3.37 meter (Stesen Johor Bharu), 3.51 meter (Stesen Tawau) dan 3.14 meter (Stesen Pulau Langkawi).

Amaran kuning turut dikeluarkan di Stesen Tanjung Gelang, Pahang dengan ketinggian 3.17 meter, Stesen Sandakan, Sabah (2.53 meter), Stesen Pelabuhan Kalang (2.53 meter) dan Stesen Geting, Kelantan (1.44 meter).

Memetik laporan sarawakvoice.com, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pada waktu yang agak berbahaya sekarang, orang ramai dinasihatkan mengelak aktiviti-aktiviti seperti memancing atau beriadah di tempat yang dinyatakan berbahaya terutama dalam fenomena air pasang besar.

"Ini adalah kerana sekiranya berlaku hujan yang lebat diikuti oleh angin yang kencang, ia akan membahayakan orang ramai.

"Air sungai akan melimpah ke laut lebih cepat dan kadang-kadang lebih tinggi daripada aras laut, seterusnya mengakibatkan keadaan laut lebih bergelora.

"Bagi mereka yang perlu turun ke laut, utamakan keselamatan di laut dan pakai jaket keselamatan yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa," katanya.

Sumber: Sarawakiana

Ahad, 13 November 2016

Pelajar dikhuatiri lemas di pantai Santubong

SANTUBONG: Seorang pelajar Madrasah Darul Ulung Al-Fatah, Samariang, hilang selepas terjatuh ke laut berdekatan Damai Puri Resort and Spa di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pelajar terbabit Aslam Husaini, 19, bersama dua rakannya berjalan di kawasan berbatu di tepi pantai berkenaan.

Ketiga-tiga pelajar itu tiba-tiba terjatuh, namun dua daripada mereka iaitu Abang Muhd Shahrin Abang Moktar, 15, dari Matang, Kuching dan Muhsin Asep Jalaluddin, 17, yang berasal dari Balai Karangan, Indonesia, berjaya berenang ke tebing.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, ketika kejadian tiga pelajar terbabit bersama 43 rakan mereka serta tiga guru dari Madrasah Darul Ulung Al-Fatah, Jalan Depo, Samariang, sedang berkelah di pantai berkenaan.

Beliau berkata, lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikerah ke tempat kejadian untuk melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR). "Sehingga jam 1.30 petang ini, SAR masih digerakkan untuk mengesan pelajar yang berasal dari Sibu itu," katanya. 

Sabtu, 12 November 2016

Lelaki mengamuk tetak tiga sekeluarga di Lawas

LAWAS: Tiga sekeluarga parah ditetak seorang lelaki yang dipercayai khayal selepas menghidu gam dalam kejadian amuk di Kampung Belangsat, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 20-an dan 30-an sedang berehat di ruang tamu rumah sebelum didatangi suspek, yang dipercayai turut mempunyai pertalian keluarga sebelum berlaku pertengkaran.

Difahamkan, suspek kemudian mengeluarkan sebilah parang lalu menetak ketiga-tiga mangsa di leher serta beberapa bahagian badan, namun sempat menyelamatkan diri sebelum meminta bantuan penduduk kampung.

Jurucakap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu dan memaklumkan semua mangsa dalam keadaan stabil serta masih menerima rawatan di Hospital Lawas.

"Seorang daripada mereka mengalami kecederaan agak serius akibat terkena libasan parang, manakala dua mangsa dirawat sebagai pesakit luar," katanya.

Berdasarkan maklumat awal, katanya, suspek dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan khayal akibat tabiat menghidu gam.

"Suspek melarikan diri sejurus kejadian dan usaha memburunya sudah dilancarkan," katanya.

Sumber: Berita Harian

Jumaat, 11 November 2016

Mayat warga emas dibaham buaya di Mukah ditemui

MUKAH: Warga emas yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika menjala di Sungai Batang Oya, Dalat pagi tadi ditemui kira-kira jam 7.20 malam tadi.

Mayat Sili Ismail, 60, dari Kampung Bakong, Oya ditemui oleh penduduk kampung tidak jauh dari lokasi perahunya ditemui dengan terdapat kesan gigitan buaya pada bahu mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Borhan Sufyan ketika mengesahkan penemuan itu, berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat.

"Penduduk kampung menggunakan kaedah tradisional 'duri rotan' bagi membantu operasi SAR yang dijalankan dengan turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Berikutan perkembangan terbaru itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dihentikan sepenuhnya kira-kira jam 8.15 malam ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Farhan berkata, punca kematian mangsa sedang dikenal pasti, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan warga emas itu dibaham buaya berdasarkan kesan kecederaan dialami.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, anggota penyelamat turut melihat kemunculan reptilia itu sebanyak dua kali di sekitar lokasi pencarian. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada buaya berkenaan yang menyerang mangsa," katanya.

Dalam kejadian jam 8 pagi tadi, seorang nelayan dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika keluar menjala di Sungai Batang Oya berhampiran rumahnya.

Operasi SAR yang dilancarkan sejurus dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa hanya menemui perahu digunakan warga emas berkenaan dengan terdapat kesan gigitan buaya pada tepi perahu.-

Sumber: Berita Harian

Khamis, 10 November 2016

Warga emas dikhuatiri dibaham buaya di Oya Mukah

Mukah: Seorang warga emas Sili Bin Ismail yg keluar menjala di sungai Batang Oya,Kpg Bakong awal pagi tadi didapati hilang dan dikhuatiri dibaham buaya.

Pihak Bomba yg bergegas ke lokasi menjumpai bot mangsa di tebing sungai.Bot tersebut mempunyai beberapa kesan gigitan dipercayai gigitan buaya.

Kini operasi pencarian dilakukan sekitar radius 2km dari pos kawalan Bomba.

Gadis berusia 15 tahun ditahan polis kerana cuba rogol teman lelaki

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terpaksa ditahan pihak polis selepas didakwa cuba merogol teman lelakinya yang di kenali sebagai Iman, remaja perempuan yang di kenali sebagai Puteri itu didakwa telah mencabul kehormatan kekasihnya.

Iman yang baru berusia 14 tahun dikenali sebagai pelajar pandai dan kacak di sekolahnya telah membuat laporan polis di Balai Polis Menado, Indonesia pada malam kemarin.

Menurut laporan menado.com dimaklumkan pada awalnya Puteri mengajak mangsa untuk berjalan-jalan sebelum pulang ke rumah Puteri ketika orang tuanya tiada di rumah

Setibanya di rumah Puteri telah mengajak mangsa untuk berbual-bual didalam rumahnya, mangsa yang tidak tahu niat sebenar Puteri mengikut saja kehendak kekasihnya itu.

Ketika berbual, Puteri cuba meraba-raba mangsa sehinga ke bahagian sulit, namun mangsa cuba melawan dan menghentikan kelakuan kekasihnya itu tetapi Puteri semakin menjadi-jadi sehingga memaksa mangsa untuk membuka seluar.

Katanya dalam kejadian itu mangsa dan puteri sempat tarik menarik seluar hingga kemaluannya terluka dan berdarah akibat terkena zip seluar, Iman berjaya melarikan diri dan melaporkan kejadian itu kepada ibunya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Manado Humas AKP Rolly mengatakan, berdasarkan siasatan awal, Puteri sempat membuka baju Iman dan memaksanya untuk melakukan hubungan intim tapi tidak berjaya kerana Iman melawan, katanya.

Beng Kor direman 5 hari

KUCHING: Suspek lelaki dikenali sebagai Beng Kor yang ditahan polis semalam direman selama lima hari bermula hari ini.

Beng Kor, 48 ditahan di Sibu petang semalam selepas dipercayai mengendalikan laman Facebook "Sarawak Keluar Malaysia 2021" yang memuat naik kata berbaur hasutan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata Beng Kor kini dalam perjalanan ke Kuching dan suspek akan direman sehingga 15 November ini.Dev menambah, siasatan kes kini diserahkan kepada pihak polis Kuching untuk menjalankan siasatan selanjutnya.

Sumber-Sarawakiana

Rabu, 9 November 2016

Lelaki cedera dibelasah kerana skandal dengan bini orang

SIBU: Muka berdarah, lebam di mata kiri dan ada luka tercucuk di kaki, seorang lelaki terpaksa dihantar ke Hospital Sibu awal pagi semalam selepas dibelasah suami kepada ‘kekasih gelapnya.’

Dalam kejadian sekitar tengah malam kelmarin, lelaki tersebut dipercayai sedang berada di rumah seorang wanita yang sudah bersuami dan beranak dua.

Menurut sumber, suami wanita terbabit yang merupakan pekerja luar pantai (offshore), baharu sahaja keluar bekerja.

Difahamkan, suami wanita terbabit, 40-an, yang tidak sedap hati apabila mendengar cakap-cakap bahawa isterinya bermain kayu tiga semasa ketiadaannya, nekad pulang ke rumah mereka di Pearl Avenue, Sibu Jaya dekat sini.

Dia bersama beberapa orang rakan kemudiannya berpakat untuk menyelinap ke rumah sekitar jam 12 malam.

Mereka kemudian mendapati kereta milik lelaki terbabit diparkir di tempat letak kereta di situ.

Bagaimanapun, kehadiran suami wanita terbabit dan rakan-rakannya disedari oleh lelaki berkenaan yang kemudian cuba melarikan diri dari rumah tersebut.

Nasib tidak menyebelahinya apabila dia berjaya ditahan oleh suami wanita berkenaan.

Disebabkan hilang sabar dan kecewa, suami wanita terbabit dipercayai melepaskan perasaan marah dan geramnya terhadap lelaki itu sehingga mengalami kecederaan di mukanya.

Polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Kesemua mereka yang terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Sibu Jaya untuk tindakan lanjut.

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu yang dimaklumkan mengenai kecederaan lelaki berkenaan pergi ke balai untuk memberi rawatan awal kepadanya yang berlumuran darah di bahagian kepala.

Lelaki berumur 28 tahun terbabit yang juga cedera di bahagian kaki semasa melarikan diri kemudian diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Kejadian tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Martin Koo.

Difahamkan, suami wanita terbabit enggan mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki yang tergila-gilakan isterinya, sebaliknya nekad untuk menuntut cerai daripada isterinya yang disifatkannya gagal menjadi seorang isteri yang baik.

Sumber: The Borneo Post

Selasa, 8 November 2016

Polis berkas pengendali FB Sarawak Keluar Malaysia 2021

KUCHING: Pengendali laman Facebook 'Sarawak Keluar Malaysia 2021' telah diberkas polis hari ini.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato' Dev Kumar mengesahkan penangkapan itu kepada Utusan Borneo sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata maklumat mengenai pengendali FB itu akan disalurkan kepada media menjelang petang hari ini.

Setakat jam 9 malam tadi, polis menerima 12 laporan berhubung laman FB berkenaan.

Isnin lepas, Pejabat Ketua Menteri mengeluarkan kenyataan penafian terhadap laman itu.

Laman itu menyatakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyalahkan kerajaan persekutuan dan UMNO kerana beberapa dasar yang menjejaskan negara.

Ia turut mendakwa Ketua Menteri mengancam mahu keluar daripada Malaysia.

Siasatan terhadap kes itu dilakukan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 

Sumber: Utusan Borneo

Geng sabung ayam dalam hutan berjaya diberkas

KUCHING: Cubaan untuk mengaburi mata pihak berkuasa dengan berselindung di sebalik kawasan hutan untuk menjalankan kegiatan judi sabung ayam tidak berjaya apabila kegiatan haram di tiga lokasi berasingan itu berjaya dihidu oleh pihak polis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Dev Kumar, tiga kes sabung ayam dikesan di Padawan, Bintulu dan Kota Samarahan yang membawa kepada penahanan 45 individu.

“Serbuan ke atas aktiviti perjudian di negeri ini akan diteruskan. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor telah mengeluarkan amaran kepada semua Ketua Polis Daerah dan JSJ untuk memastikan kegiatan judi haram di negeri ini terus dibanteras,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dev berkata, serbuan-serbuan itu merupakan sebahagian daripada 29 serbuan dijalankan di seluruh negeri pada tempoh 31 Oktober hingga 6 November lalu.

Secara keseluruhan katanya, seramai 82 individu termasuk seorang wanita warga asing ditahan di mana suspek-suspek ditahan berumur dalam lingkungan 16 tahun hingga 76 tahun.

Beliau memberitahu, 29 serbuan itu membawa kepada penahanan 82 individu yang terlibat dalam mempromosikan loteri tanpa lesen, mengendalikan judi atas talian dan sabung ayam.

“Wang tunai berjumlah RM16,277 turut dirampas dalam serbuan-serbuan tersebut,” katanya.

Pasukan JSJ Sarawak menjalankan lima serbuan, JSJ Kota Samarahan (lima), Kuching (empat), Miri (empat), Padawan (tiga), Marudi (dua) dan Limbang (dua).

Manakala JSJ Bintulu, Sibu, Serian dan Saratok masing-masing menjalankan satu serbuan.

Mengulas lanjut, Dev memberitahu  bahawa 17 serbuan loteri tanpa lesen itu menyaksikan penangkapan 21 individu yang terlibat aktif mempromosikan aktiviti haram itu.

Pelbagai barangan dirampas seperti mesin cetak mudah alih, telefon bimbit, kalkulator, lejar pertaruhan, slip dan wang tunai berjumlah RM13,132.

Manakala sembilan serbuan judi atas talian dibuat di Kuching, Padawan, Miri, Limbang dan Marudi membawa kepada penahanan 16 individu.

Serbuan itu turut menyaksikan wang tunai berjumlah RM3,145 dirampas, selain 72 unit komputer, tablet dan mesin ikan yang digunakan untuk berjudi.

Sumber: The Borneo Post



Polis cari pengendali Facebook Sarawak Keluar Malaysia 2021

KUCHING: Dua belas laporan polis telah dibuat terhadap laman Facebook 'Sarawak Keluar Malaysia 2021' setakat jam 9 malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato' Dev Kumar (gambar) berkata tujuh repot diterima di Kuching, tiga di Miri dan masing-masing satu di Serian dan Padawan.

Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Kita kini sedang mengesan pengendali laman Facebook Sarawak Keluar Malaysia 2021," katanya.

Semalam Pejabat Ketua Menteri mengeluarkan kenyataan penafian terhadap laman Facebook itu.

Laman itu menyatakan bahawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyalahkan kerajaan persekutuan dan UMNO kerana beberapa dasar yang menjejaskan negara.

Ia turut mendakwa Ketua Menteri mengancam mahu keluar dari Malaysia jika semua masalah yang dinyatakan tidak diselesaikan.

Sumber: The Borneo Post

Polis positif syabu penjara enam bulan

LAWAS: Seorang anggota polis dihukum penjara sembilan bulan oleh mahkamah Majistret Lawas, pagi tadi atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah jenis syabu.

Konstabel Mohd Nazli Abdul Rashid, 26, berasal dari Kelantan didakwa mengikut Seksyen 12 (2) dan 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.

Tertuduh yang pernah bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah Lawas mengaku salah dan dikenakan hukuman mengikut Seksyen 12 (2) denda RM6,500 atau penjara 6 bulan kerana memiliki dadah.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh juga mengaku salah dan dikenakan hukuman mengikut Seksyen 15 (1) denda RM3,500 atau penjara3 bulan.

Tertuduh gagal mengemukakan bayaran denda berjumlah RM10,000.Sehubungan itu, Majistret Zuraini Ali Musa memerintahkan Mohd Nabil menjalani hukuman penjara 9 bulan.Pendakwaan dilakukan Inspektor Idrus Arshad.

Sumber: Berita Harian Online

Ahad, 6 November 2016

Bapa buas ditangkap rogol anak sendiri

SIBU: Demi menyelamat adiknya, seorang kakak berusia 14 tahun nekad melarikan diri membawa adik berusia 12 tahun kerana bimbang turut menjadi mangsa perkosaan bapa serta abang kandung mereka.

Mangsa yang dikatakan telah berkali-kali dirogol bapanya tiba di Selangau pada Jumaat lepas sebelum meminta perlindungan daripada polis di kawasan berkenaan.

Menurut mangsa, abangnya yang berusia 17 tahun turut terlibat dalam perbuatan itu malah telah berkali-kali mencabul mangsa.

Difahamkan polis menahan bapa mangsa berusia 61 tahun itu di Sibu dan menghantar dua beradik malang itu ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.

Kedua-dua beradik itu kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superitenden Martin Koo mengesahkan polis menerima laporan itu dan menahan bapa mangsa malam kelmarin (Sabtu).

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut sambil memberitahu polis kini sedang menyiasat kes itu.

Menurut sumber, mangsa anak kelima daripada lapan beradik daripada sebuah keluarga bermasalah.

Mangsa tinggal dengan bapanya setelah dipercayai berlaku perceraian pasangan suami isteri itu.

Difahamkan mangsa dirogol berkali-kali bapanya sejak berusia 12 tahun dan akan dipukul jika enggan menurut nafsu bapanya.

Mangsa mengalami tekanan mental, emosi dan fizikal disebabkan masalah berkenaan dan kejadian itu berlaku lagi pada Jumaat lepas sebelum mangsa nekad membawa adiknya lari.

Mangsa memutuskan meninggalkan rumah seorang diri tetapi bimbang adiknya menjadi galang ganti bapanya melampiaskan nafsu,  mangsa membawa adiknya bersama.

Dia dikatakan menceritakan perkara sebenar kepada adiknya sebelum membuat keputusan nekad lari dari rumah.

Pada masa sama, polis Selangau merujuk kes ini kepada polis Sibu dan polis di sini berjaya menahan bapa dan abang mangsa.

Sumber: The Borneo Post

Bodohlah jika tutup IPG Sarawak kata Adenan

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilaporkan menolak rancangan kerajaan Persekutuan untuk menukar dua buah Institut Pendidikan Guru (IPG) Sarawak kepada kolej vokasional dengan menyifatkan tindakan itu sebagai 'bodoh'.

The Borneo Post hari ini memetik kenyataan Adenan sebagai berkata, bilangan IPG tidak perlu dikurangkan kerana boleh membahayakan matlamat kerajaan untuk mencapai nisbah 9:1 bagi guru-guru dari Sarawak dan bukan Sarawak yang berkhidmat di negeri ini.

"Saya telah menulis surat kepada perdana menteri untuk memaklumkan bahawa cadangan menukar dua kolej latihan guru (di Sarawak) ke sekolah teknik adalah bodoh.

"Saya tahu betapa pentingnya pendidikan teknikal tetapi tidak perlu dilakukan dengan mengorbankan dua kolej latihan guru," Adenan dilaporkan berkata semasa merasmikan sambutan peringkat negeri Hari Wanita 2016, semalam.

"Oleh itu, saya gesa kerajaan (Persekutuan) untuk mengubah keputusan ini," katanya.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan pada 29 Oktober yang lalu menjelaskan tidak ada IPG di negara ini akan ditutup, di tengah-tengah kekeliruan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sumber: Malaysiakini

Sabtu, 5 November 2016

Polis nafi ada sindiket jual organ di Sarawak

KUCHING - Polis Sarawak menafikan dakwaan kononnya dua kanak-kanak ditemui mati dengan beberapa organnya dijual di Kampung Daun Singai, Bau di sini yang tersebar luas menerusi laman sosial, Facebook semalam.

Semalam, dua individu memuat naik status dengan mengingatkan semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil berhati-hati berikutan penemuan dua mayat kanak-kanak yang didakwa dibunuh dan organnya diambil dan dijual oleh seseorang di kampung berkenaan.

Suspek juga dikatakan telah ditahan selepas dipercayai melarikan diri menaiki van putih dengan cermin gelap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, tiada kejadian seperti itu berlaku di daerah Bau atau mana-mana tempat di Sarawak buat masa ini.

Sehubungan itu katanya, polis meminta dua individu berkenaan untuk menyerah diri di Balai Polis Daerah Bau bagi tujuan siasatan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Polis turut mengingatkan semua agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sebarang berita tanpa kesahihan menerusi laman sosial kerana ia boleh mengundang kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sumber: KosmoOnline

2 lelaki ditahan ketika leka tembak ikan

2 lelaki ditahan ketika leka "tembak ikan"
MIRI: Dua lelaki yang sedang leka ’menembak ikan’ terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis yang menjalankan serbuan di sebuah premis perjudian di Jalan Haji Lampam, di sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah yang diketuai oleh Asisten Superintendan Unang Giang menyerbu premis berkenaan pada jam 3 petang.

“Semasa serbuan dua pelanggan lelaki berusia 40 dan 42 tahun itu sedang bermain judi dan mereka terkejut selepas menyedari kehadiran polis,” katanya di sini.

Katanya, seorang wanita warga Indonesia berusia 27 tahun yang merupakan penjaga premis berkenaan turut ditahan untuk membantu siasatan.

Khoo berkata, susulan serbuan itu, pihaknya merampas tiga unit simulator yang disyaki mengandungi unsur perjudian dan dua keping kad pengimbas kredit mesin simulator.

Menurutnya, wanita terbabit dan dua lelaki itu kemudian dibawa balik ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Tangkapan dan rampasan itu disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 5 (2) Ordinan Hiburan 2001,” katanya

Khamis, 3 November 2016

Gadis Trauma Dirogol Kekasih Nekad Kelar Diri

Kuching: Trauma selepas mendakwa dirogol rakan baik teman lelakinya, seorang wanita bertindak mengelar dirinya dalam satu insiden di Stutong Baru di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 16 tahun mendakwa dia telah diberi makan sesuatu dipercayai dadah sehingga menyebabkan dia khayal dan tidak sedarkan diri sehingga jam 3 pagi.

Difahamkan, mangsa yang menyedari dia telah dirogol oleh suspek berusia 35 tahun berasal dari Jalan Mendu di sini kemudian menjerit meminta pertolongan.

“Penduduk sekitar yang menyedari insiden tersebut segera menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

“Polis yang tiba sejurus kemudian mendapati mangsa berlumuran darah selepas dikatakan nekad mengelar leher serta pergelangan tangannya dipercayai kerana trauma dengan apa yang menimpa dirinya.

“Suspek yang juga rakan teman lelaki mangsa kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” kata sumber yang memberitahu teman lelaki mangsa juga hadir di lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera itu kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans untuk rawatan dan pemeriksaan kesihatan.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat dan siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: The Borneo Post
Foto: Sekadar Hiasan

Kes Sg Arip: 10 terbabit dilanjutkan reman

MUKAH: Sembilan lelaki dari Miri berkaitan siasatan kes bunuh di Ulu Sungai Arip, Balingian, Mukah dilanjutkan tempoh reman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret Mukah pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Penyau, tahanan reman untuk sembilan suspek dari Miri dilanjutkan hingga 5 November ini.

"Mereka (sembilan orang) mendapat reman untuk dua hari," katanya kepada Utusan Borneo.

Ia dibacakan dihadapan Timbalan Pegawai Daerah Dalat Ismail Kasah untuk siasatan dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang lagi suspek turut dilanjutkan tempoh tahanan reman untuk enam hari (sehingga 9 November 2016) bagi siasatan kes dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rabu, 2 November 2016

Warga Australia Hilang Di Mulu Dedah Diganggu Suara Yang Menyeramkan

MIRI – Bagai mati hidup semula. Itulah pengalaman pahit yang dilalui oleh seorang pengembara warga Australia, Andrew Gaskell, 26, selepas dia ditemui dalam keadaan lemah selepas 12 hari dilaporkan hilang di Taman Negara Mulu dekat sini sejak 20 Oktober lalu.

Ketika menceritakan pengalamannya, Gaskell berkata, dia di­selubungi ketakutan khususnya pada waktu malam kerana berada seorang diri di dalam hutan tanpa sebarang teman dan peralatan keselamatan di taman negara itu.

“Setiap kali malam menjelma, saya akan mula cemas dan takut kerana suara-suara yang me­nyeramkan pasti kedengaran di sekeliling saya.

“Adakalanya, suara yang saya dengar itu seakan-akan suara manusia selain bunyi binatang dan serangga,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Miri di sini semalam.

Sumber: Kosmo

Selasa, 1 November 2016

Sarawak tuntut status ‘rakan kongsi’ Malaysia dikembalikan, juga tuntut hak perairan selepas Ordinan Darurat mansuh – Adenan

KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri pada penghujung bulan ini dijangka panas apabila salah satu usul yang akan dibentangkan adalah berkaitan usaha mengembalikan status “rakan kongsi” penubuhan Malaysia seperti yang dipersetujui pada Perjanjian Malaysia 1963.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, usul itu akan berusaha untuk mengembalikan hak dan kepentingan Sarawak yang sebelum ini semakin terhakis.

“Status Sarawak sebagai ‘rakan kongsi’ Persekutuan Malaysia perlu dikembalikan kerana penurunan statusnya kepada sebuah ‘negeri’, yang terjadi pada 1976 tidak harus berlaku.

“Oleh itu, sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk membentangkan usul terbabit secara komprehensif, termasuk mengupas kesemua hak dan keistimewaan yang harus dinikmati negeri ini seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia 1963, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Perlembagaan Persekutuan dan Laporan Suruhanjaya Cobbold,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak Projek Pembangunan Lapangan Minyak E6 Sarawak Shell Berhad dan Brooke Dockyard & Engineering Works Corporation, di sini pagi tadi.

Mengulas lanjut, Adenan berharap kepemimpinan Pusat perlu memberikan perhatian terhadap usul berkenaan.

“Sebelum ini, mereka (Parlimen) pada 1976 telah melakukan perubahan dengan menukar status Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13 dalam Persekutuan Malaysia.

“Kita mahu status asal diberikan kembali kepada negeri ini seperti yang dipersetujui pada 1963,” katanya.

Adenan menambah, usul berkenaan dijangka menyentuh hal berkaitan Akta Laut Wilayah yang secara automatiknya tidak lagi terpakai di negeri ini selepas Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969, yang menyentuh persempadanan perairan wilayah Malaysia dimansuhkan lima tahun lalu.

Persidangan DUN Sarawak bagi mesyuarat kedua bagi penggal pertama berlangsung bermula 21 hingga 30 November ini.

Kata Adenan lagi, Kerajaan Negeri juga dijangka akan mengemukakan usul khas berkaitan kawal selia industri minyak dan gas di Sarawak, terutama di Miri dan Bintulu.

“Ia mungkin dibentangkan pada persidangan DUN bulan ini atau tahun depan,” katanya.

Sumber: Sarawakvoice