Sabtu, 4 Julai 2015

Kanak-kanak berusia 2 tahun mati akibat didera di Miri

Miri: Seorang Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai menjadi mangsa dera ibu dan ayah angkatnya dan disahkan mati di Hospital Miri, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa, Bryan Yusuf, disahkan mati, pada pukul 12.32 tengah hari, selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit, berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan lebam pada badan, mata dan di kepala mangsa.Menurutnya, terdapat 12 kesan lebam yang ditemui pada mangsa dipercayai didera.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati terdapat kesan patah kaki kanan mangsa, kuman di dalam paru-paru. Malah, pendarahan dalam retina kedua-dua mata mangsa," katanya.Menurutnya, polis sudah menahan ibu bapa mangsa dan akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman hari ini."Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Harian Metro

Jumaat, 3 Julai 2015

Isu Ayam Disyaki 'Berlubang' Disahkan Halal - JAIS

Kuching : Berkenaan isu penyembelihan ayam yang disyaki tidak sah di salah sebuah premis di Emart Matang telahpun dibuat semakan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), semalam.

Bahagian Pengurusan Halal JAIS telah memantau premis berkenaan pada jam 2,00 petang semalam (2/07/2015) dan mendapati kesan lubang berhampiran leher ayam adalah lubang yang dibuat oleh mesin pemprosesan bagi membuang bahagian perut ayam dan mengambil organ dalaman namun kesan sembelihan pada leher adalah HALAL.

Premis tersebut bagaimanapun telah disahkan mengambil bekalan daripada premis sembelihan K&L Farming yang disahkan halal.

Untuk makluman pengguna, setakat ini pihak JAIS hanya memberi sijil pengesahan halal kepada premis sembelihan sahaja.

Kekeliruan terjadi di antara pengguna kerana mendapati premis jualan seperti itu tidak mempamerkn sijil dan logo halal kerana ia menyalahi peraturan.Penggunaan logo halal hanya dibenarkan jika ayam tersebut (kebiasaan "whole chicken") telah dibungkuskan di kilang asal.

Sumber: Sarawakiana

Rabu, 1 Julai 2015

Datuk Bandar di Mexico kahwini buaya

SAN PEDRO HUAMELULA: Seorang Datuk Bandar di San Pedro Huamelula, Mexico mengahwini seekor buaya betina pada Selasa demi meneruskan satu upacara tradisi negeri itu.

Upacara itu dipercayai akan membawa ‘tuah’kepada komuniti nelayan setempat.Buaya betina itu yang dinamakan Maria Isabel dikenakan pakaian berwarna putih seperti pengantin dan kemudiannya dibaptiskan sebelum Datuk Bandar Joel Vazquez Rojaz melafazkan ikrar perkahwinan.

Nelayan percaya buaya tersebut adalah seorang puteri dan perkahwinan itu bakal membawa lebih banyak hasil laut di Lautan Pasifik.Dalam majlis tersebut, buaya itu dirujuk sebagai 'isteri' Datuk Bandar.

Sumber: Astro Awani