Jumaat, 3 Julai 2015

Isu Ayam Disyaki 'Berlubang' Disahkan Halal - JAIS

Kuching : Berkenaan isu penyembelihan ayam yang disyaki tidak sah di salah sebuah premis di Emart Matang telahpun dibuat semakan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), semalam.

Bahagian Pengurusan Halal JAIS telah memantau premis berkenaan pada jam 2,00 petang semalam (2/07/2015) dan mendapati kesan lubang berhampiran leher ayam adalah lubang yang dibuat oleh mesin pemprosesan bagi membuang bahagian perut ayam dan mengambil organ dalaman namun kesan sembelihan pada leher adalah HALAL.

Premis tersebut bagaimanapun telah disahkan mengambil bekalan daripada premis sembelihan K&L Farming yang disahkan halal.

Untuk makluman pengguna, setakat ini pihak JAIS hanya memberi sijil pengesahan halal kepada premis sembelihan sahaja.

Kekeliruan terjadi di antara pengguna kerana mendapati premis jualan seperti itu tidak mempamerkn sijil dan logo halal kerana ia menyalahi peraturan.Penggunaan logo halal hanya dibenarkan jika ayam tersebut (kebiasaan "whole chicken") telah dibungkuskan di kilang asal.

Sumber: Sarawakiana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan