Khamis, 18 Ogos 2016

Hina Sarawak : Khai Bahar Mohon Maaf Dan Ini Surat Terbuka Buat Beliau

Viral di Hari ini apabila Khai Bahar mengatakan Sarawak merupakan tempat yang tiada apa-apa. Kenyataan ini membuat orang sarawak marah dan bengang apabila negeri mereka di kutuk sebegitu rupa. Menurut khai , dia tersasul bercakap sebegitu dan tiada niat untuk menghina sarawak

'Assalamualaikum.. pertama skali khai nk minta maaf sangat2 kepada warga sarawak. memang salah khai sbb trsasul smpai mcm tu skali. khai tak ada niat nk ckp macam tu. khai syg sarawak. bnyak kengan di sana,cuma sedih bila dianggap itu satu hinaan. khai tak ada niat nk hina. khai bukan nk tutup salah, khai akan terima korang semua nk banned khai. khai nk minta maaf sngat2..."

Walaupun status permohonan maaf di memuat naik oleh khai, orang sarawak masih lagi marah dan sukar untuk memaafkan beliau... dan ini surat terbuka buat khai bahar

"Dipetik Dari Fb Pages Bila Cikgu Emmet Menulis"

"Dik...jangan cakap macam tu dik.. kita merantau ke tempat orang..kita cari lah nilai yang baik untuk kita ketengahkan.. saya dah lama dah duduk sarawak ni.. kalau saya kata disini takde apa2 dah lama saya balik...tapi saya masih pulang ke sini walaupun sudah pernah balik ke kampung halaman sendiri. Semua tempat ada keistimewaan masing masing dik. Silap adik ialah adik dah sentuh hati orang sarawak.. 8 bulan kat sini rupanya adik tak kenal.hati budi masyarakat disini. 8 bulan adik di sini adik tak faham sensitiviti orang orang sarawak ni. Bukan saya nak backing sangat..dimana mana pun kita boleh jumpa kelemahan orang. Orang sarawak pun ada kelemahannya..tapi tak perlu lah nak up dalam media sosial atau media massa. Ye adik mungkin exicted sebab baru jadi ghetis (cakap peyrock dah keluo) baru keluar TV3...but please jangan lah keluarkan kenyataan menyinggung rasa. Bukan saya nak mengajar adik.. cuma keterlanjuran kata kata adik ni membuatkan orang Malaya yang cari nafkah disini kena sindir. Dik..Sarawak bukan macam di semenanjung..perpaduan mereka melangkaui batas kaum dan agama. Bukan macam kita di semenanjung..orang johor kena kutuk...orang pahang tak terasa pun..orang kelantan kena hina orang kedah buat tak tahu je...tapi di sarawak lain dik.. kalau orang limbang kena kutuk...dari lawas sampai lah ke tanjong datu sematan.. marah...tak kira lah iban melayu bidayuh cina semua akan terasa.. so dik khai..please... cakap yang baik baik..pamer yang baik baik..adik nak jadi artis kena berkawan dengan semua orang.. sekian nasihat cikgu pada khai..."

Lebih menarik satu kenyataan dari Kawan rapat khai bahar yang menyelar tindakan pengkutuk yang mengutuk khai bahar.. katanya bukan kita tentukan dosa pahala seseorang...

I'm the closest friend to him. I know khai mcm mana. And aku pelik mcm mana, orang lain walaupun tk kenal,, kau still nak sibuk judge pahala dosa orang lain padahal diri sendiri tk terurus. Semua orang buat salah, takkan just sebab tersasul cakap sikit korang punya condemn mcm khai dh bunuh orang. Khai duduk sarawak hampir setahun, dia sayang sarawak. aku yg kt kL ni pn dulu bole jumpe dia dua tiga kali je dulu. Dia just tersasul cakap. Depan kamera kot, kalau kau pn, kau blur nk cakap apa tgh live. Come on gais, takde sbb kot korang nk benci dia. Aku kawan dgn dia for along time. susah senang dia ada dgn aku. mcm mana aku yg rapat tk dpt nak detect salah dia tapi korang ygtk pernah lepak setable dh boleh cakap dia jahat? Khai jugak seorang yg blur, he's try so hard utk pandai bercakap dpn khalayak ramai. People always make mistake. Yang biol jugak cakap khai itu ini, tu maknanya dari kecik mmg kau dilahirkan utk bash orang. terimakasih -   Sumber : Inche Olah  

6 ulasan:

  1. Hati tersentuh tanda kita masih ada deria rasa. Memaafkan itu sukar tapi besar pahalanya. Yang terlanjur meminta maaf apa kurangnya. Ianya akan menjadikan kita nanti teman yang mesra. - wanabe banahsan sarawak.

    BalasPadam
  2. Artis lupa diri mcm ni tak lama...lap lup...lap jer..mmg kena pulau punya oleh org kamek miak swak..

    BalasPadam
  3. Bdak2 bru nak up....dh tnjuk taring..mcm nikh bila nama dh naik...pas tu mnghina org....sombongnya...

    BalasPadam
  4. Bdak2 bru nak up....dh tnjuk taring..mcm nikh bila nama dh naik...pas tu mnghina org....sombongnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila masa dia menghina orang. Setahu saya dia memang suka tinggal di Sarawak.Cuma dia tersalah cakap. Itu pun dia sudah minta maaf.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam