Isnin, 18 Mei 2015

"Gadis Etnik Orang Ulu Keajaiban Sarawak"

Tahukah anda gadis-gadis dari kumpulan Etnik orang ulu Sarawak yang terdiri daripada Lun Bawang, Lun Dayeh, Kayan, Kedayan Kenyah, Kajang, Kejaman, Penan, Punan, Ukit, Murut, Berawan, Kelabit dan lain-lain mempunyai kecantikan yang cukup luar biasa di Sarawak dan juga asia.

Boleh dikatakan kecantikan semuladi gadis-gadis dari kumpulan etnik tersebut salah satu keajaiban yang cukup mahal dan tidak ternilai di Sarawak dan Kepulauan Borneo secara amnya. Apa yang menariknya meskipun tanpa bersolek, kecantikan mereka tetap terselah dan tiada tolok tandingannya.

‪Selain mempunyai kecantikan yang semulajadi, mereka juga  memiliki aura memikat yang cukup luar biasa. Tidak dapat dinafikan lagi mana-mana jejaka yang terpandang gadis-gadis dari kumpulan etnik tersebut akan jatuh hati kerana kecantikan dan jelingan mereka bisa meruntuhkan iman. :)

2 ulasan:

  1. Saya rasa Kedayan tidak termasuk dalam Etnik Orang Ulu! Tolong perbetulkan.

    BalasPadam
  2. Tolong perbetulkan, saya kenyah, tapi kami tak tergolong dalam kedayan dan kedayan pun tak tergolong dalam kenyah. Sepatutnya ada koma antara kedayan dan kenyah, kalau kayan kenyah selalu saya dengar tapi kedayan kenyah dalam hidup saya tak pernah saya dengar, dan satu lagi kedayan tak tergolong dalam etnik orang ulu. Terima kasih.

    BalasPadam