MIRI – Bagai mati hidup semula. Itulah pengalaman pahit yang dilalui oleh seorang pengembara warga Australia, Andrew Gaskell, 26, selepas dia ditemui dalam keadaan lemah selepas 12 hari dilaporkan hilang di Taman Negara Mulu dekat sini sejak 20 Oktober lalu.
Ketika menceritakan pengalamannya, Gaskell berkata, dia diselubungi ketakutan khususnya pada waktu malam kerana berada seorang diri di dalam hutan tanpa sebarang teman dan peralatan keselamatan di taman negara itu.
“Setiap kali malam menjelma, saya akan mula cemas dan takut kerana suara-suara yang menyeramkan pasti kedengaran di sekeliling saya.
“Adakalanya, suara yang saya dengar itu seakan-akan suara manusia selain bunyi binatang dan serangga,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Miri di sini semalam.
Sumber: Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan