KOTA SAMARAHAN: Autonomi pendidikan seharusnya berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri demi memastikan dasar pendidikan yang konsisten untuk kepentingan generasi akan datang, kata Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.
Justeru, beliau menjelaskan bahawa perjuangan untuk mendapatkan autonomi pendidikan bagi Sarawak perlu bermula dengan menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk kegunaan para pelajar.
“Ini adalah sangat penting kerana hasil pendidikan yang sempurna boleh menjadi penyumbang kepada kelestarian ilmu pengetahuan, kemahiran dan inovasi baharu yang seterusnya mampu menghasilkan transformasi dalam sesebuah masyarakat dan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada sidang ketiga Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-20 di sini, semalam yang melibatkan seramai 621 graduan daripada Fakulti Sains Sosial.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Datu Dr Hatta Solhi dan Naib Cancelor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.
Bagaimanapun, Jabu berkata cabaran yang dihadapi kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan pendidikan adalah disebabkan keluasan negeri ini dengan kepadatan penduduk yang tidak sekata terutama di kawasan luar bandar.
Malah bekas Timbalan Ketua Menteri itu menambah, keadaan tersebut juga secara tidak langsung telah memberi kesan kepada peruntukan kewangan daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.
“Ini merupakan antara cabaran besar yang dihadapi oleh kerajaan negeri dalam meningkatkan mutu pendidikan di Sarawak kerana peruntukan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan saban tahun tidak mencukupi.
“Kerajaan bukan sahaja perlu membina sekolah tetapi menyediakan kemudahan asas yang lain seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik untuk memastikan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa,” katanya.
Dalam pada itu, Jabu turut menegaskan agar kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di negeri ini mesti ditekankan.
Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri sedang dalam perbincangan untuk membuka lebih banyak sekolah antarabangsa di Sarawak agar penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tempatan dapat ditingkatkan.
“Saya berharap tidak ada pihak yang akan menyalahtafsirkan pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri dengan membenarkan lebih banyak sekolah antarabangsa dibina di Sarawak.
“Ia bertujuan semata-mata untuk memastikan pelajar tempatan mampu menguasai bahasa Inggeris agar dapat bersaing di peringkat global,” katanya.
Menurut beliau, statistik menunjukkan 72,000 graduan universiti gagal mendapatkan pekerjaan disebabkan mereka lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris dan ini sekali gus menjadi cabaran terbesar yang dihadapi para siswazah di negara ini. -UB
Daftar Sebagai Ahli di Laman Mencari Kerja di Malaysia
BalasPadamHi,
Kami dari JobThru ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk mendaftar secara percuma di web kerja kosong kami di jobthru.com/register
Fokus utama kami adalah untuk menyediakan cara yang terbaik untuk pelajar mahupun pencari kerja untuk mencari pekerjaan baru dengan resume builder terbina dan banyak lagi fungsi lain hanya di JobThru.
Jenis pekerjaan:
1. Full-time
2. Part-time
3. Intern (Latihan industri)
Kelebihan pemohon:
1. Anda boleh mencari sebanyak mungkin jawatan kosong dan juga internships (Latihan industri)
2. Fungsi Resume Builder terbina
3. Mohon jawatan menerusi laman web
Daftar sekarang di JobThru
*Tips berguna: Isi kesemua bahagian resume seperti pengajian tinggi, pengalaman, kemahiran, portfolio & anugerah. Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut mengenai RESUME BUILDER
Klik sini untuk Resume Builder
Terima kasih di atas minat saudara mengenai laman web cari kerja kami
Yang benar,
JobThru Team
www.jobthru.com