KUCHING: Usaha seorang lelaki untuk membantu rakannya yang tiba-tiba rebah selepas makan bersamanya semalam tidak berjaya apabila dia disahkan meninggal dunia.
Menurut sumber, insiden berlaku di Demak Laut, apabila mangsa yang dikenali sebagai Gaduh Sijet,56, sebelum itu mengadu sakit kepada rakannya itu sekitar jam 2 petang.
Difahamkan, mangsa tiba-tiba rebah menyebabkan rakannya terus mendapatkan bantuan daripada rakan yang lain dan terus mengejarkannya ke sebuah Klinik 1Malaysia berdekatan.
“Setibanya di klinik tersebut, mangsa didapati kritikal menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan bantuan daripada anggota paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk bedah siasat,” kata sumber.
Sehingga berita ini ditulis, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.Mangsa yang dikatakan berasal dari Kota Padawan, Jalan Puncak Borneo sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak.
Sumber: The Borneo Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan