Khamis, 29 September 2016

Anak Jerut, Rakan Tikam Ibu

Kuching: seorang remaja lelaki dan rakannya ditahan polis kerana menjerut leher dan menikam ibunya di Kota Samarahan, tengah malam tadi.

Kedua-dua remaja berusia 15 tahun itu ditahan polis kira-kira 12.15 tengah malam tadi selepas datang ke Balai Polis Kota Samarahan untuk menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, remaja terbabit membelit leher ibunya yang berusia 43 tahun menggunakan tali pinggang manakala rakannya menikam perut wanita berkenaan menggunakan pisau, kira-kira 9 malam.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta untuk pulang ke rumahnya selepas mengambil suspek dan anak perempuannya berusia 9 tahun di pusat tuisyen di Desa Ilmu Kota Samarahan dan sempat memberhentikan kereta.

"Wanita terbabit dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dilaporkan stabil. Remaja terbabit kini direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah," katanya.

6 ulasan:

  1. Kimak nar nemiak ya. Ompuan ya la seksa buntin 9 bulan. Ompuan ya juak la besekang gik ancah nak merik kau makan. Ompuan ya juak la di cacak ko k pisok. Diat ko ketulahan, tuhan merik ko peluang mintak ampun kedong mak ko gik idup nun. Ya pun mun mak ko ngampun kau.

    BalasPadam
  2. Itu ibumu..kenapa kejamnya kamu! Dari lahir dia jaga kamu siang dan malam.

    BalasPadam
  3. apa motif nya tok mok munuh mak nya??......sumpah jdi si tanggang an ank cm ya...!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sumpah la jadi emas..biar mak nya kaya..hehe

      Padam
    2. Sumpah la jadi emas..biar mak nya kaya..hehe

      Padam
  4. nak di padah mak kau sik njaga kau sikda kau besar panjang sampe umo kau 15...kali kau dh lejuk idup kali nak.mana org yg dh sikda mak ya ingin nangga mak nya lagik dtg ke nya tek mak maseh ada depan mata di polah kdkya...

    BalasPadam