Sarawak memiliki pelbagai kaum dan agama yang begitu menghormati kepimpinan Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ketika hayatnya.
Bukan setakat umat Islam Sarawak dekat dihati malah kaum dan agama lain juga merasai perkara yang sama. Begitulah Sarawak yang mempunyai hampir 30 etnik yang menjadi warga Sarawak.
Allahyarham pernah menyatakan bahawa beliau adalah Ketua Menteri untuk semua kaum di Sarawak. Pernah juga menyatakan akan memperjuangkan hak seluruh kaum di negeri ini.
Pemergiannya tetap dilakukan dengan pelbagai cara anutan kaum yang beragama selain daripada Islam. Ini jelas membuktikan Allahyarham disayangi seluruh lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Laungan Ooo Haaa sahaja dapat menyatukan seluruh rakyat yang begitu menyayangi Allahyarham. Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Cina dan sebagainya tetap memahat segala jasa Allahyarham dalam jiwa dan mengenang setiap usaha dan pengorbanan Allahyarham terhadap rakyat Sarawak.
Bagi yang tidak memahami dan tidak mengetahui kehidupan yang harmoni di Sarawak disarankan agar jangan mempersoal cara dan budaya kaum dan agama lain menghargai jasa Allahyarham.
Inilah Sarawak yang begitu sayangkan pemimpin yang begitu berjasa dan melakukan penghormatan mengikut budaya dan agama masing-masing.-Sarawakiana
Mungkin budaya sahabat kita orang Islam tidak membuat saperti apa yang bangsa lain buat. Tapi inilah keunikannya Bangsa Sarawak. Bukan untuk mempersendakan beliau, tapi inilah cara kita tunjuk cara hormat mengikut adat masing2. Diharap ia tidak mendatangkan pelbagai andaian dan tohmahan. TQ Tok Nan...ramah mesramu, tutur bicaramu, gurau sendamu dan jasamu akan terus terpahat di hati kami semua til our last breath.
BalasPadamBenar ya, sbg muslim kmk fham mcmney kaum lain menghormati CM yg byk berjasa.. tidak menjadi maslaah.. sb kita disarawak memahami & menghormati antara satu sama lain.
PadamPelbagai agama dan bangsa dibawah pemerintahan "TOK NAN"
Padamso pelbagailah cara menghormati dan mengingati pemergiannya.bersatu kita bersama memupuk "aura"sarawak.
Bena ya bah..sik perlu dipersoalkan sbb kita d Sarawak berbilang kaum..bkn kita mempersendakan nya, kita cuma mengingati pemergian nya..
BalasPadam#perginyatakkembali
#Al-Fatihah
#TokNan
#Dalamkenangan
Bena ya bah..sik perlu dipersoalkan sbb kita d Sarawak berbilang kaum..bkn kita mempersendakan nya, kita cuma mengingati pemergian nya..
BalasPadam#perginyatakkembali
#Al-Fatihah
#TokNan
#Dalamkenangan
Macam TokNan selalu pesan "celebrate our differences" ..kita mmg berbeza tapi kita tetap anak Sarawak
BalasPadam